Jumaat, 5 November 2010

Volume Of Liquid

Salam.....
Volume of Liquid (Isipadu cecair) merupakan tajuk yang penting untuk dikuasai oleh semua murid. Bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 murid-murid diperkenalkan dengan tajuk ini dan pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, menyukat serta kiraan berkaitan dengan isipadu cecair.

Tajuk ini (termasuk Ukuran panjang, Timbangan Berat) merupakan tajuk ukuran yang mengajar tentang operasi nombor. Terdapat banyak konsep matematik dan prosedur yang menghubungkan pengukuran dan konsep nombor. Sebagai contoh, mngukur kepada unit terhampir mirip kepada bundar nombor.

Pada peringkat Tahun 2, murid-murid di dedahkan dengan asas kepada isipadu cecair seperti penuh, separuh penuh dan kosong. Unit liter turut diperkenalkan.

Year 2 Yearly Plan (Volume Of Liquid)

Week 
Area 
Topic
Learning Area     
Learning Objectives        
Learning Outcomes
Notes

34
2. Measures
4. Volume Of Liquid
1.  Introduction to
volume of liquid
      
1.  Understand and use the
vocabulary related to 
volume of liquid                   

  i.  Use the vocabulary related  to volume in practical 
contexts.


KITS
Variety of containers such as bottles, jugs, cans, cups,word cards, sentence cards

Curriculum Specifications
Refer to page 42

Thinking Skills
1.  Comparing & Contrasting
2.  Sequencing

34
2. Measures
4. Volume Of Liquid
2.  Measuring and       comparing      volumes of     liquid
2.  Measure and compare      volumes of liquid by direct omparison and      using non-standard units.

  i.  Compare the volumes of  two liquids by direct         comparison.


KITS
Variety of containers such as bottles, jugs, cans, cups, milk cartons, word cards, sentence cards

Curriculum Specifications
Refer to page 43

Thinking Skills
1.  Comparing & Contrasting
2.  Sequencing

35
2. Measures
4. Volume Of Liquid
2.  Measuring and  comparing      volumes of    liquid
2.  Measure and compare      volumes of liquid by direct comparison and      using non-standard units.

 ii.  Measure volumes of liquid      using uniform non-standard units.



KITS
Variety of containers such as bottles, jugs, cans, cups, milk cartons, word cards, sentence cards

Curriculum Specifications
Refer to page 44

Thinking Skills
1.  Comparing & Contrasting
2.  Sequencing
35
2. Measures
4. Volume Of Liquid
2.  Measuring and      comparing      volumes of    liquid
2.  Measure and compare      volumes of liquid by direct comparison and      using non-standard units.

  i.  Measure volumes of       liquid using standard units.     
      a.  litre     


KITS
Liquid such as water,         measuring cylinders, word cards, sentence cards

Curriculum Specifications
Refer to page 44

Thinking Skills
1.  Comparing & Contrasting
2.  Listing   

Video (Isipadu)

Video (Isipadu)

Khamis, 4 November 2010

Bahan Bantu Mengajar 1


Bahan-bahan :
  • Bahan Bantu Mengajar yang pertama ini mmemerlukan barangan yang biasa digunakan oleh murid-murid seharian. Seperti bekas air minuman mereka sendiri.
  • Kandungan air di dalam bekas minuman dibiarkan mengikut had yang memang telah ada (penuh, separuh, suku penuh, tiga suku penuh dan sebagainya).

Lembaran kerja :

Bahan Bantu Mengajar 2

Bahan bantu mengajar yang pertama ini menggunakan bahan-bahan seperti berikut :

Bahan-bahan :
  • Gelas/cawan dan jag/teko air
Lembaran Kerja :

Selasa, 2 November 2010

Aktiviti 1

Berikut adalah cadangan aktiviti 1 yang akan dijalankan untuk murid-murid yang di aras yang tinggi. Aktiviti berbentuk pengayaan.

Hasil Pembelajaran :
  • Untuk menyukat isipadu cecair tanpa menggunakan unit piawai.
Bahan :
  • Bekas air minuman murid-murid (murid-murid dimaklumkan lebih awal supaya masing-masing membawa bekas minuman sendiri yang mengandungi air minuman dari rumah).
Aktiviti :
  1. Kelas dibahagikan kepada 6 kumpulan dan mereka akan menjalankan aktivit secara bekerjasama di dalam kumpulan..
  2. Salah seorang ahli kumpulan diminta menjadi pencatat.
  3. Setiap ahli meletak bekas air minuman masing (pelbagai saiz ditengah meja kumpulan)
  4. Mereka akan membandingkan bekas air mana yang menyimpan isipadu air yang paling besar dan yang mana paling sikit.
  5. Murid-murid diminta membandingkan dua bekas air (secara rawak) dan menyatakan bekas mana mengandungi air yang lebih dan kurang. Murid-murid dibimbing untuk membandingkan dua bekas tersebut menggunakan ayat perbandingan yang sesuai.
  6. Setiap murid di dalam kumpulan akan berperanan mengambil mana-manam dua bekas air dan membuat perbandingan.
  7. Guru akan membantu dan melihat setiap kumpulan mampu menjalankan aktiviti dengan berkesan.
  8. Di akhir aktiviti, murid-murid akan diedarkan lembaran kerja.